INSENTIF PENGELUARAN GETAH (IPG)
 
Kerajaan semasa pembentangan Bajet 2015 pada 10 Oktober 2014 telah mengumumkan peruntukan awal dana sebanyak RM100 juta untuk Insentif Pengeluaran Getah (IPG).

Mulai 1 September 2015, paras harga pengaktifan IPG ditingkatkan kepada harga getah SMR 20 FOB RM5.10 sekilogram daripada RM4.60 sekilogram atau harga farmgate adalah pada kadar kurang daripada RM2.00 sekilogram.

Mekanisme pelaksanaan insentif IPG adalah seperti berikut
  • pemberian IPG pada bulan semasa adalah berdasarkan purata harga getah SMR 20 FOB atau purata harga farmgate pada bulan sebelumnya;
  • bagi Semenanjung, IPG akan diuruskan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM), di Sabah oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), manakala di Sarawak oleh Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan LGM; dan
  • pekebun kecil boleh membuat tuntutan di mana- mana pejabat wilayah LGM di Semenanjung dan JPS di Sarawak dengan mengemukakan resit rasmi jualan dan Permit Autoriti Transaksi Pekebun Kecil Getah (PATG). Dalam kes Sabah, LIGS akan menggunakan mekanisme pendaftaran pekebun kecil.
 
Faedah Pelaksanaan IPG
1. Pengurangan beban ekonomi pekebun kecil dengan menambah pendapatan para pekebun kecil getah di luar bandar; dan
2. Pengukuhan pembangunan industri hiliran getah terutamanya dari segi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi bagi industri hiliran

Pertanyaan
  Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel:
Fax:
Email: 
603-9206 2000
603-2163 4492
general@lgm.gov.my

Muat Turun Fail Template CSV
TarikhPerkara
25/Aug/ 2017Template JPS Julai 2017
4/Aug/ 2017Template LIGS Julai 2017
6/Nov/ 2017TEMPLATE LIGS OKT 2017
6/Nov/ 2017TEMPLATE JPS OKT 2017