Selamat Datang ke Sistem Permit Autoriti Transaksi - Getah (PAT-G)
Selaras dengan perwartaan pindaan Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memperkenalkan Permit Autoriti Transaksi-Getah atau PAT-G. Permit ini perlu digunakan oleh pekebun kecil semasa melakukan transaksi penjualan getah milik mereka kepada pembeli getah yang berlesen dengan Lembaga Getah Malaysia. Kad PAT-G ini diberi secara percuma.
Adalah menjadi kesalahan mana-mana pekebun kecil menjual getah tanpa memiliki PAT-G. Sehubungan dengan itu, mana-mana pekebun kecil yang masih tidak memiliki PAT-G, sila daftar segera dengan LGM.
|
|
Objektif Permit Autoriti Transaksi Getah |
1. |
Mewujudkan satu pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang memiliki atau mengusahakan kebun getah. |
2. |
Merupakan satu kebenaran untuk menjual getah. |
3. |
Mengekang kes kecurian getah di peringkat kebun. |
4. |
Membangunkan satu pangkalan data profil pekebun kecil getah. |
|
|
|
|
Pertanyaan |
|
Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur |
|
Tel:
Fax:
Email: |
603-9206 2000
603-2163 4492
general@lgm.gov.my |
|
|