INSENTIF PENGELUARAN LATEKS (IPL)
Program Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah
dengan menambah baik rantaian bekalan bahan mentah getah melalui peniaga getah atau koperasi serta menggalakkan untuk
mengeluarkan lateks bagi menampung bekalan lateks negara untuk sektor hiliran.
LGM telah membangunkan satu pendekatan model baharu untuk program IPL iaitu
dikenali sebagai IPL+ di mana terdapat beberapa skop mekanisma yang baru
dimasukkan dalam pelaksanaan projek ini. Antaranya adalah mekanisma
pembelian secara terus oleh pekebun kecil kepada kilang pemproses, pemberian
insentif tunai, insentif penyertaan, insentif galakan dan insentif produktiviti. Selain itu,
teknologi LGM juga diwajibkan untuk digunapakai oleh pihak kilang pemproses iaitu
RRIMeter dan RRIMniaga.
|
|
OBJEKTIF PROJEK |
1. |
Untuk menambahkan pendapatan pekebun kecil dalam penghasilan lateks. |
2. |
Untuk mengekalkan dan meluaskan penglibatan peserta IPL+ sedia ada dan baru agar pelaksanaan projek ini sentiasa konsisten dan berterusan |
2. |
Untuk menambahkan penghasilan lateks negara |
2. |
Untuk mewujudkan satu sistem bekalan lateks yang berdaya maju |
|
Pertanyaan |
|
Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur |
|
Tel:
Fax:
Email: |
603-9206 2000
603-2163 4492
general@lgm.gov.my |
|
|
|
|
|
|